Wee Choo Keong S.M.K
Ahli Parlimen Wangsa Maju
c/o Wee Choo Keong & Faaiz
P.O Box 11439
Tel: 03-21619688, Fax: 03-21637633
11hb April, 2008
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 27, Bangunan DBKL
Jalan Raja Laut
50350
Yg. Bhg. Dato’,
PER: RUMAH SAMPAH MILIK DBKL DI SEKSYEN 2 WANGSA MAJU DAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman Yg. Bhg. Dato’, saya telah menerima aduan daripada penduduk di Wangsa Maju dan juga daripada kawasan Parlimen yang lain bahawa rumah-rumah sampah milik DBKL didapati tidak diselenggarakan dengan baik terutamanya di Seksyen 2 Wangsa Maju. Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan tidak menyenangkan serta amat tidak “hygenic” kepada wargakota di sekitar kawasan tersebut yang terpaksa menghidu bau busuk yang amat kuat, dihurungi oleh ulat sampah (maggots), lalat serta lipas, tikus dan anak ular berkeliaran di sekitar kawasan rumah sampah tersebut.
Adakah ini merupakan ciri-ciri
Perkara di atas amatlah tidak selaras dan jelas bertentangan dengan hasrat DBKL untuk menjadikan
Saya juga difahamkan bahawa Jabatan Pembersihan Bandar DBKL telah mendapat peruntukkan yang besar bagi tujuan penyelenggaraan rumah-rumah sampah di sekitar
Saya bersama dengan 2.6 juta wargakota amat kecewa dengan tahap perkhidmatan yang disediakan dan mentality DBKL yang telah gagal sepenuhnya dalam menjaga kebajikan sosial penduduk wargakota dan saya sebagai Ahli Parlimen terpaksa memainkan peranan utama tetapi pihak Pejabat Yg. Bhg. Dato’ yang mendapat ganjaran (gaji). Ini adalah hakikat ketara yang tidak boleh diterima oleh sesiapapun.
Saya amat berharap pihak Yg. Bhg. Dato’ menyedari bahawa DBKL adalah satu organisasi yang kian tenat dan bermasalah dari segi perkhimatan dan pengurusan sosial sejak bertahun-tahun dahulu.
Saya memohon jawapan dan maklumbalas dari Pejabat Yg. Bhg. Dato’ dalam masa 3 hari dari tarikh
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
WEE CHOO KEONG, S.M.K
Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju
Sk: Penduduk-penduk Wangsa Maju – melalui blog www.weechookeong.blogspot.com