31 March 2008

Open letter to Datuk Bandar Kuala Lumpur

31hb Mac, 2008

Yg Bhg Dato’ Ab Hakim Bin Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 27, Bangunan DBKL
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Yg. Bhg. Dato’

Per: Penebangan Pokok Di Sepanjang Jalan Genting-Kelang

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Untuk makluman pihak tuan, saya telah menerima banyak aduan daripada penduduk-penduduk Wangsa Maju bahawa sejurus selepas Pilihanraya Umum ke-12 diadakan, banyak pokok-pokok matang di sepanjang Jalan Genting-Kelang telah ditebang tanpa apa-apa notis.

Amatlah dihargai sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan kepada saya dengan kadar seberapa segera atas perkara-perkara berikut:-

i) kenapa pokok-pokok matang tersebut ditebang tanpa pemberian notis awam dan ditebang selepas Pilihanraya Umum;

ii) sekiranya pokok-pokok matang tersebut ditebang untuk tujuan sesebuah projek, sila maklumkan secara terperinci berkenaan dengan projek tersebut seperti “nature of project”, syarikat mana yang telah diberikan projek tersebut dan nilai projek tersebut; dan

iii) sama ada pemberian projek tersebut telah diadakan secara tender terbuka dan sekiranya bukan melalui tender terbuka, alasan kenapa tiada tender terbuka dilakukan.

Saya berharap perkara tersebut di atas dapat diperjelaskan dengan seberapa segera supaya saya dapat memaklumkan perkara berkenaan kepada penduduk-penduduk Wangsa Maju sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Wee Choo Keong

s/k: Penduduk-penduduk Wangsa Maju – melalui blog
http://www.weechookeong.blogspot.com/

c/o Wee Choo Keong & Faaiz, P.O. Box 11439, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 03-2161 9688, Fax: 03-2163 7633

- 翻译员:angel_x , Wee Choo Keong 致于万二分谢意 -
給吉隆坡市長的公開信

尊貴的拿督﹕

[雲頂吉冷路的伐樹行為]

懷以尊敬的心﹐我想陳述以上事件。

就如您應該知道的﹐ 我接到來自旺沙馬珠居民們投訴﹐ 有關於在第十二屆全國大選後﹐很多沿著雲頂吉冷路的大樹都在沒有通知居民的情形內被砍掉。

我希望有關方面能夠儘快回復我以下疑問﹕

i)為何有關樹木在大選結束後便在沒有通知公眾的情況下被砍伐﹔

ii) 如果有關樹木是為了某些工程而[讓路]的話﹐煩請詳細的說明有關工程之目的﹐內容﹐承包商和費用﹔以及

iii) 有關工程是否以公開招標來決定承包商﹐如否﹐請說明原因。

我希望上述問題能得到迅速且圓滿的回答﹐好讓我能夠傳達給旺沙馬珠的居民們。

謝謝。

黃朱強 上